 |
|
Want your own Fotopage?

|
|
The Journal of Our Life
 By: Sara Aaesha and Mummy
[Recommend this Fotopage] |
[Share this Fotopage]
| [Track this Fotopage]
|
View complete fotopage
|
|
| Monday, 11-Dec-2006 12:00 |
Email | Share | Bookmark |
|
Puding Roti
|
|
isnin haritu kan selangor cuti sbb besday sultan kan.. tetiba tekak mummy rasa nk mkn puding roti. resepinya di ambil dr internet dan mummy jumpa 2 resepi yg telah di combine jadik satu sbb nk buat ikut tekak sendiri kan? ddd yg tak suka mkn puding2 ni pun boleh suka bermakna jadik la puding roti rekaan ku itu kengkawan silalah cuba yer..
| Quote: | Bahan-bahan:
10 keping roti (buang tepinya & potong 4 roti tu)
500ml full cream milk
500ml whipping cream (tak ingatlah makcik brandnya tapi sila beli yg rasanya manis & terus boleh pakai)
6 biji telur
200gm gula
1 kotak kecil kismis
2 sudu teh esen vanila
2 sudu besar unsalted butter (yg masin (biasa) pun buleh sbb yg ini jer ada kat umah )
Bahan sos:
200ml full cream milk
200ml whipping cream
3 biji kuning telur
2 sudu teh esen vanila
80gm gula dibahagi dua
Cara-cara:
Sapu loyang / casserole dengan butter. Susun roti then tabur kismis antara setiap lapisan. Lapisan atas sekali letak butter (campak2 jer takyah sapu). Ketepikan. Susu, whipping cream, gula, telur & esen vanila di campur & dikacau sebati. Tuang masuk bancuhan tadi ke atas roti & biar selama 1/2 jam. Sambil2 tu setiap 5 minit tekan-tekan roti tu. Bakar dlm oven pada suhu 190 darjah celcius selama 30-60 minit sampai masak (atas kuning keemasan, bawah tak berair, lembik takper). kalau puding ni berair bhagian bawah bakar lagi (kalau oven mummy boleh switch bakar bhagian bwh sahaja) dgn suhu sederhana sampai masak. kalau puding naik jgn risau bila dah sejukkan nnt dia kempis balik
utk sos, panaskan susu, krim, esen vanila & 1 bahagian gula atas api sederhana sampai mendidih. pukul kuning telur & 1 bahagian gula lagi sampai sebati then tuangkan dlm adunan susu. masak sampai sos agak likat.
ps: sos tu kalau tak bubuh lagi sedap kot sbb puding tu dah just nice tak terlampau manis & tak tawar. mummy suka mkn puding ni lepas sejukkan dia dlm peti ais selamat mencuba!
|
mira, akan ku bawa puding ini ke rumah mu sabtu ini
|
|
|
|
|
View complete fotopage
|
|
|
|
|
|
|
|