|
|
| Thursday, 1-May-2008 23:27 |
Email | Share | | Bookmark |
|
MEC 1st Official Ride to PD
|
|
nilah hobby dd yg baru kerjanya hari minggu confirm gi ride mana-mana (unofficial) dah pandai dah berforum-forum kat internet nih.. mcm kita la daddy kata official ride bleh la ikut sbb safety terjamin ada marshal bagai jaga trafic. syokkkkk..! seperti biasa mummy ikut agenda utama sbb nak menembak gambar sajer tukar angin nk merasa menembak sambil bergerak atas moto. sara terpaksa ditinggalkan hihihihi sian diaaa.. nak tgk gambar-gambar yang mummy snap bleh tgk kat sini dah habis upload dah... nak upgrade B2 ke B full plak lah.. boleh daddy?
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 23-Apr-2008 14:32 |
Email | Share | | Bookmark |
|
hari ini dalam sejarah
|
|
*penyataan: adalah sekadar untuk berkongsi pengalaman sahaja. confirm takde saper larat nak baca panjang2 mcm kat bawah tuh
ingat lagi tak entry ni? selain memberi pengalaman dan gambaran kepada guru KPL* Pra tentang proses pembelajaran dan pengajaran di dalam kelas, kami juga diberi tugasan untuk mengajar di kelas pra selama 20 minit (mengikut tema yang telah dipilih) dan dikehendaki merakam sesi pembelajaran dan pengajaran tersebut. standed la kan sure ada report punya nak kena submit. lepas tu pensyarah mintaklah kami semua submit draf dulu untuk dia check. untuk pengetahuan anda semua, cara pembelajaran di maktab ni amatlah berbeza dengan di universiti di mana maktab byk menekankan perkara yang praktikal daripada teori. setiap tugasan, projek, laporan pastinya akan diakhiri dengan refleksi. kira mcm dekat refleksi tu kita boleh tulis apa saja yang kita rasa hasil dari apa yang kita belajar ker, gi camping ker, ala-ala mcm tulis dairi ler... apa yang membuatkan mummy nak kenang hari ini dan share bersama anda semua ialah pensyarah mummy dah bagi balik draf yang kami hantar dan telah menggunakan refeksi yang mummy tulis sbg contoh yg baik dan mummy telah diminta membacakan refeksi mummy tu (yg sepanjang 4 mukasurat ) di hadapan kawan-kawan sekelas.. dgn hati yang kembang kuncup beserta suara yang serak-serak basah akibat selsema dan sakit tekak, mummy pun mulalah membaca dan karangannya adalah seperti di bawah :-
"Apabila diberi tugasan oleh pensyarah subjek prasekolah, Puan NY, untuk mengajar satu slot 20 minit di kelas prasekolah, macam-macam persoalan bermain di minda saya. Saya tidak pernah ada pengalaman mengajar pun sebelum ini. Perasaan bercampur baur, ada gembira, teruja, takut dan kurang keyakinan diri. Walaupun hanya satu slot 20 minit, namun tugasan yang diberi ini telah banyak membantu saya memahami apa yang saya belajar sebelum ini di dalam kelas.
Saya memilih untuk membuat tugasan ini pada hari Jumaat minggu pertama semasa menjalani latihan pembelajaran berasaskan sekolah. Oleh kerana saya akan mengajar menggunakan persembahan powerpoint, saya telah meminjam LCD projector daripada guru ICT sekolah ini. Guru-guru sekolah ini memang baik dan saya tidak mempunyai masalah untuk meminjam peralatan dari mereka. Nasib tidak menyebelahi saya, walaupun saya rasa saya sudah cukup bersedia tetapi saya tidak dapat mengajar pada hari itu kerana memory SD card kamera digital saya tidak boleh menyimpan rakaman selama 20 minit. Untuk 1GB hanya boleh merakam selama 11 minit sahaja. Saya terpaksa menangguhkan slot pengajaran saya kepada hari Isnin minggu seterusnya. Pulang saja dari sekolah saya terus ke kedai peralatan ICT untuk membeli SD card yang lebih tinggi storage penyimpanannya.
Hari Isnin. Saya pastikan semua persiapan rapi dilakukan. LCD projector pagi-pagi lagi selepas perhimpunan sekolah saya pinjam. Bateri kamera digital, saya pastikan penuh, wayar penyambung pun saya bawa untuk melancarkan tugasan saya. Manalah tahu, apa pula halangan lain akan saya hadapi bukan? Ketika murid-murid berehat dan makan, saya pasang peralatan pengajaran. Saya tidak boleh membuat persedian lebih awal kerana ia akan menggangu kosentrasi murid-murid yang sedang belajar subjek agama ketika itu. Melihat saya membuka komputer riba pun sudah ada murid-murid yang tidak memberi perhatian terhadap apa yang ustazah ajar di hadapan. Ini kerana perasaan semulajadi mereka yang sentiasa ingin tahu perkara baru yang jarang atau tidak pernah mereka nampak. Kerusi meja murid-murid saya alih untuk menyediakan situasi pembelajaran yang lebih selesa dan sesuai dengan jarak penglihatan kanak-kanak yang belum matang dan pendek. Mengumpulkan murid-murid di hadapan pancaran LCD projector memudahkan saya mengawal kelas dan saya juga dapat mengajar dengan lebih berkesan.
Belum pun kelas bermula, murid-murid sudah tidak sabar memulakan pembelajaran. Masing-masing mengerumuni dinding yang saya pancarkan persembahan powerpoint saya. Kelakar pula rasanya (mummy tersenyum sbb teringatkan aksi budak-budak tu). Mereka yang selalunya nampak agak bosan apabila terpaksa banyak membuat lembaran kerja dan mengadap buku kalam, nampak agak teruja hari itu. Ada pula murid kreatif yang membuat bayang-bayang dengan menggunakan tangan membentuk haiwan seperti ular, arnab, rama-rama di hadapan pancaran LCD projector tanpa disuruh. Sudahnya semua murid yang lain mengikut apa yang kawan meraka buat. Agak sukar juga pada saya untuk mengawal dan menyediakan murid-murid supaya bersedia untuk belajar kerana mereka begitu teruja melihat pancaran persembahan powerpoint yang telah saya mulakan di dinding. Nasib baiklah saya dikurniakan suara yang besar dan lantang, dengan menggunakan intonasi suara yang tegas saya berjaya membuatkan mereka senyap sekejap. Sebelum mereka bising kembali saya memulakan pengajaran saya.
Saya mulakan pengajaran saya dengan bertanyakan soalan-soalan berbentuk pengenalan kepada tema persembahan powerpoint saya iaitu haiwan liar. Murid-murid ini, hampir kesemuanya pernah melihat haiwan-haiwan liar di Zoo Negara. Masalahnya ialah muri-murid ini tidak tahu tatatertib menjawab soalan dengan betul. Masing-masing berebut untuk menjawab sehinggakan ada yang bangun dari kerusi dan menarik baju saya untuk menarik perhatian saya. Adakah memang sifat semulajadi kanak-kanak begitu? Saya percaya mereka boleh dilatih, untuk menjawab soalan dengan tertib. Semua murid-murid memberi perhatian dan mendengar bunyi haiwan liar yang saya mainkan untuk mereka teka apakah haiwan yang mengeluarkan bunyi tersebut. Mereka mendengar arahan daripada persembahan powerpoint saya untuk mendengar dengan teliti. Semua senyap sahaja. Satu-satu situasi yang jarang kelihatan pada waktu pembelajaran mereka yang biasa. Saya boleh simpulkan bahawa pengajaran berbentuk interaktif ini mampu menarik perhatian murid-murid untuk belajar. Cepat sahaja, mereka dapat meneka dan mengecam bunyi haiwan dengan tepat. Dalam slot pembelajaran ini saya banyak bertanya kepada murid-murid tentang penngetahuan sedia ada mereka tentang haiwan liar ini. Secara tidak langsung mereka dapat memperkayakan pengetahuan mereka tentang beberapa ciri haiwan liar. Murid-murid hampir ke semuanya menjawab berdasarkan pengalaman mereka.
Walaupun hanya dengan meneka bunyi haiwan sahaja, tidak sedar pun masa sudah hampir tamat. Saya berasa sungguh seronok. Sekurang kurangnya hari itu saya telah memberikan mereka suatu situasi pembelajaran yang menyeronokkan. Sungguhpun seronok, bila melihat kembali rakaman saya sedang mengajar, rasa tidak puas hati pula. Saya selalu tersalah bertanya soalan. Soalan yang saya tanya juga bercampur aduk dan tidak spesifik. Saya terlalu berhati-hati untuk bertanya soalan kerana saya takut murid-murid ini tidak memahami bahasa orang dewasa. Ada soalan yang saya tanya dijawab dengan cara yang lain oleh murid-murid contohnya, “Macammana harimau berjalan?” Saya menharapkan jawapan sama ada merangkak atau menyusur, tetapi semua murid-murid membuat pergerakkan merangkak. Saya boleh memperbaiki pengajaran saya dengan membuat senarai soalan yang boleh digunakan untuk setiap slaid. Dengan cara itu dapatlah saya fokus tentang apa yang ingin saya soal. Soalan juga akan nampak teratur dan mengikut ciri sekiranya saya membuat senarai soalan tersebut lebih awal.
(masuk jer perenggan ni mummy tetiba rasa sebak .. mungkin sbb teringatkan diorg kot dan mummy masih sambung membaca) Semasa sesi soal jawab juga, ada seorang murid bernama Iskandar telah merajuk dengan saya. Iskandar merupakan pelajar yang aktif menjawab soalan-soalan yang saya berikan. Namun peluang menjawab soalan itu saya tidak beri kepada Iskandar 100% setiap kali saya bertanya soalan kerana saya ingin beri peluang kepada pelajar lain juga. Entah bila, tiba-tiba saya perasan Iskandar senyap dan hanya memeluk tubuh. Bertentangan sekali dengan sifatnya. Saya cuba memujuk Iskandar dengan menyuruhnya mengeja nama haiwan liar tetapi dia tidak mahu menjawab dan buat tidak tahu sahaja. Sampai akhir kelas dia berkelakuan begitu. Apa harus saya lakukan bila berdepan dengan situasi ini? Saya tidak mahu membunuh keinginan positif iskandar yang gemar menjawab soalan dan bertanya soalan tetapi dalam masa yang sama saya mahu dia belajar bertoleransi dengan kawan-kawannya yang lain dengan memberi peluang kepada orang lain menjawab. Ada pula seorang murid ini bernama Najwa. Mempunyai masalah lebih kurang sama dengan Iskandar, tetapi Najwa pula sentiasa memaksa saya mendengarnya bercakap. Jika saya sedang bercakap untuk menerangkan sesuatu perkara pun, dia akan bercakap juga seperti semua perkara dia tahu. Apabila kawan-kawannya yang lain menjawab pun dia akan bercakap juga tanpa menghiraukan orang lain. Secara positifnya sifat yang bagus kerana Najwa sentiasa cepat menjana idea untuk diluahkan tetapi dari pandangan negatifnya sifat ini tidak baik kerana dia tidak sabar dan suka menyampuk perbualan orang lain. Apakah cara paling baik untuk saya mengatasi masalah ini? Boleh pening juga untuk memastikan pengajaran didalam kelas dapat melatih dan mengajar semua murid dengan sama rata dan menerapkan nilai-nilai murni selain daripada pengukuhan ilmu itu sendiri.
Secara keseluruhannya, tugasan yang diberikan ini dapat memberikan saya pendedahan awal terhadap cara-cara mengajar. Saya berasa lebih yakin untuk mengajar. Diharap saya boleh lakukan lebih baik lagi ketika saya parktikum nanti. Saya BERJANJI akan memperbanyakkan usaha untuk membuat slaid powerpoint mengikut tema yang lain pada masa hadapan............."
sampai situ perasaan sebak tak tak tertahan lagik (poyo kan?? ) mummy hulur kertas kat pensyarah dan ckp pada dia "Puan, saya rasa saya tak boleh baca ayat-ayat akhir refeksi ni sbb dah nak banjir nih " (dah keluar pun air mata masa tu ) Pensyarah mummy tanya "Eh nape? ok saya try baca jgn saya pulak nangis jugak sudah" dia pun cubalah menyambung.....
"Hati saya berbunga-bunga apabila selesai saja masa pembelajaran saya, terdengar dua orang murid pun berkata................." tetiba pensyarah mummy senyap "saya pun takboleh baca sbb sebak.. saya paham perasaan dia (mummy ) sbb saya pernah merasainya" dan pensyarah mummy pun tetiba mengalir air mata jugak! dan akhirnya kawan baik mummy kat maktab yang tolong habiskan perenggan terakhir tu.......
"Secara keseluruhannya, tugasan yang diberikan ini dapat memberikan saya pendedahan awal terhadap cara-cara mengajar. Saya berasa lebih yakin untuk mengajar. Diharap saya boleh lakukan lebih baik lagi ketika saya parktikum nanti. Saya berjanji akan memperbanyakkan usaha untuk membuat slaid powerpoint mengikut tema yang lain pada masa hadapan. Hati saya berbunga-bunga apabila selesai saja masa pembelajaran saya, terdengar dua orang murid pun berkata “Seronokkan belajar hari ni?” dengan wajah yang ceria. Mudah mudahan mereka dapat belajar dari apa yang telah saya tunjukkan...."
kalau korang semua berada ditempat mummy, macammana? ker mummy jer yang syok sendiri? over jer hahahaha tp sbb tu adalah luahan hati sendiri kan itu la agaknya yg ter emosional tu tapi personally mmg susah nak gambarkan perasan yg mummy rasa ketika tu bila diakhir pembelajaran nampak wajah-wajah gembira budak-budak yang seronok belajar
|
|
|
|
|
|
| Tuesday, 22-Apr-2008 19:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
hibernate
|
 |
|
falsafah hidup tu yang taktahan hahhaha
|
|
 |
|
minor seni jadiknya kena la melukis
|
|
|
saya sekarang berada dlm keadaan huru hara menyiapkan assignment. pecah record thn ni sahaja saya demam dah 4 kali. tiap2 bulan demam? hayooooo! baru perasan.. matilah mak 12 kali demam tp body idak jugak kurus gambar di atas adalah salah satu assignment yang sungguh stress saya nak buat. lepas ni kena buat esei 3000 patah perkataan plaks dan byklah assignment lain yg menunggu giliran.
kepala tgh sakit gilaaaaa.....!
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 5-Apr-2008 16:09 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
Takziah untuk keluarga Allahyarham Mohamad Firwance, bapa kesayangan Furqan & Farhan dan suami tercinta Erna. Allahyarham terlibat dalam kemalangan jalanraya tghari tadi.
Semoga Allah menempatkan allahyarham dikalangan org-org yang soleh.
Al-Fatihah.
ps: saya ada buka tabung untuk 2F. berminat untuk menyumbang? sila sms saya 012-2845567 untuk dapatkan detail account. insyaallah mommies FP akan pergi beramai2 menziarah keluarga erna bila erna dah balik sini nnt. bagi yang dah menyumbang, moga Allah murahkan rezeki anda semua. TQ
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 3-Apr-2008 14:53 |
Email | Share | | Bookmark |
|
3 tahun 3 bulan
|
|
|
|
|
|
|
|
| Friday, 28-Mar-2008 07:30 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Kenangan pertama terindah
|
|
fuh, habis dah latihan, now it's time to prepare report plak. adeiiiiii nak kena submit before 7 april sebelum buat kerja sekolah kita update fp dulu hihihi
ni kelas pertama yang mummy masuk nama kelas prasekolah harapan. mereka terdiri dari pelbagai latar belakang. kebanyakkannya dari golongan berpendapatan rendah & sederhana. ada jugak yang belum kenal huruf. tp mummy suka diaorg sbb diaorg walaupun nakal tp bila kita ckp dia ikut. biasalah nakal budak-budak kan? dgn kelas ni takyah ler nak jerit2 sgt sampai sakit tekak. maybe sbb cikgu kelas diorg (yg dok tgh tu) garang kot jadik semua pandai jaga kelakuan. happening, kalau kita suruh apa2 sure buat. mummy suka sembang ngn diorg ni sure tergelak sbb kadang lawak jer jawapan mereka bagi. harini pagi-pagi mereka nampak jer mummy masuk pagar prasekolah semua pakat tegur "waaaahhhh... cantiknya baju cikgu!" bahagia kan jadik cikgu tadika?
mummy suka gila gambar nih, kalau boleh takmau amik gambar skima mcm kat atas masa suh amik gambar skima tuh tgk diaor sturggle dok diam. sbb cikgu azza kata "saper bergerak cikgu suruh turun takleh amik gambar" kejam betul, sajer jer menyakat bila mummy ajar suh buat pose bebas, sukanyalah diaorg! siap gelak mengekek-ngekek lagi sporting.. semua jenis pose yg mummy tunjuk masing2 buat. cikgu pra kenalah happy jugak. walau 2 minggu rasa mcm taksabar nak posting. gambar ni confirm akan buat mummy sengih sorang-sorang kalau teringatkan diorg
ni kelas ke dua yang mummy masuk untuk minggu kedua latihan. kelas ni baru bukak. murid-murid kelas ni semua cerdik pandai. latar belakang family tak sama ngn kelas pertama. byk yang golongan pertengahan ke atas. yang boleh membaca pun ada. yg jenis umo 4 thn mak bapak dah hantar sekolah. dah kalau nama pandai, perangai pun pelik-peliklah. ada sorang tu mummy panggil mat planet sbb dia ngn dunia dia sendiri. pandai.. tp kalau apa kita ckp buat dek jer. tgh org dok belajar tetiba dia gi kat sudut bermain, main sorang2. larang pun dia buat dek jer vley? yg mmg hyperactive pun ada. ya allah tak reti dok diam tp pandai.. tu yg mummy kagum
nak handle diaorg nih? huh! boleh hilang suara jenis tak mkn saman. ckp apa pun 2 saat jer dengar lepas tu kacau bilau balik. kat kelas ni mummy kena buat-buat garang. if not selamat mmg ckp kita dia buat dek jer. haritu terpaksa jadik cikgu ganti untuk kelas ni sbb cikgu dia cuti. nak pengsan okeh! suara nak hilang balik terus melepek tido! bila dah pandai baca, menulis & kira senanglah, boleh byk buat aktiviti menyanyi or fizikal. diorg ni jenis yang cepat bosan, so nak ajar kena cepat-cepat kalau tak kang mmg depa buat aktiviti sendiri kat belakang.
apa-apa pun itulah yg dinamakan kanak-kanak. perkembangan mereka berbeza-beza antara satu sama lain. environment pun memain peranan penting terhadap perkembangan mereka. kadangkala anak kita terlampau nakal (pada kita la) tp sebenarnya mereka2 ini jenis yang pandai. mereka belajar dr bermain.. tetiba jer kan ayat2 report keluar makna kena stop dah ler tu
ok bila mummy ada masa bleh update lagik
|
|
|
|
|
|
| Monday, 24-Mar-2008 14:35 |
Email | Share | | Bookmark |
|
|
|
|
|
|
|
|
|
| Wednesday, 19-Mar-2008 14:45 |
Email | Share | | Bookmark |
|
Latihan PBS
|
|
| Quote: | Latihan: Pembelajaran Berasaskan Sekolah
Jangkamasa : 17 Mac - 29 Mac 2008 ( 2 minggu)
Tempat: Prasekolah SKBRP Sg Buloh
Tugasan: Membuat pemerhatian serta membuat penilaian sendiri mengenai kaedah, suasana, p&p, murid-murid, bbm, sekolah dan sbgnya (pi tgk saja bukan mengajaq )
Tugasan major: Perlu mengajar untuk 1 slot (20 minit) murid-murid berdasarkan tema pembelajaran yang telah dipilih (i pilih haiwan liar ) menggunakan bahan bantu mengajar (BBM) berasaskan Teknologi Maklumat & Komunikasi (guna powerpoint jer ) serta dikehendaki merakam video slot terbabit.
|
seronok ajar budak-budak ni (belum pening lagik sbb tak mengajar pun tolong gitu-gitu jer) 1st day gi sekolah rasa mcm sebak pon ada patriotik kah aku? atau mmg sebak sbb seronok tgk budak-budak ni best sbb budak-budak ni apa yg dia ckp mmg ikhlas. rasa selesa pun iyer mcm dok dlm comfort zone gitu bila ingat balik mmg tersengih la sorang-sorang...
budak-budak ni suka ada "cikgu" masuk kelas diaorg (i ler tu, yg baru sebelah kaki jadik cikgu ) sbb cikgu betul diorg garang idak la garang mana tp standed la kan kalau org belah utara berleteiq lagu mana i pon kot dah posting besok mau garang tera tu kot?
iskandar: cikgu cikgu nama kita panjang tau (dia pon sebut la nama dia yg panjang tu) pastu saya besok besar nak jadik penyanyi cikgu (tiba-tiba jer tak tanya pon tp hari pertama tu ada la kot 10 kali dia ulang benda sama
nadira: cikgu cikgu dah kawin ke belum? (i jwb la sudah tp dia tak percaya) tipuuuuuuuu...... cikgu dah kawin ke belum? (i jwb betul sudahhh) cepat la cikguuuu.. dah kawin belum? (amboiii kembang camni takkan takdak rupa dah kawin kot? tp mummy cuma ckp tak caya sudah. last sekali dia tanya lagik) cikgu punya boifren nama apa? (advance kan budak la? dlm hati, awat nak rekemen kat abg ka? tak sesuaiiiiiii tauuuuu...! )
harini mummy ajar diorg ni nyanyi, sbb kesian asyik dok tgk buku saja takde punya aktiviti yg diorg suka buat kecuali bermain. so mummy ajar nyanyi lagu harimau siap ngn gaya sekali
iskandar: cikgu, cikgu boleh tak nyanyi lagu lain, kalau nyanyi lagu kartun nnt jadik kartun (mummy tanya dia nak nanyi lagu apa? dia jwb) saya nak nyanyi lagu rock! (sah ler besok besar jadik penyanyi iskandar oiii )
dalam masa 1/2 jam ajar 2 rangkap lagu sekejap jer diorg boleh hafal. takde tulis2 pun lirik lagu. mummy ulang nyanyi ada la dekat 10x sampai kering tekak. suruh diorg ikut sama. buat la pergerakkan bila nyanyi tu, itu yg buat diorg lagi cepat tangkap belajar kalau mummy kt tpt diorg pun confirm boring mengadap buku sajor!
itu jerlah update kali ni hihihi harap berpuashati yer mek olie!
(bzlah! takleh nak over sgt update fp )
|
|
|
|
|
|
| Thursday, 13-Mar-2008 02:05 |
Email | Share | | Bookmark |
|
apa tajuk entry yg korang akan letak?
|
|
kita mulakan entry hari ni dgn entry masak-masak yer puan-puan ni 2 hari lepas punya lunch menu. ni jer semata lauk mkn ngn nasi putih (mummy yg pemalas!) mmg tak pernah buat daging masa merah ala kedai siam masak camni kami laki bini mmg suka sgt ler daging masak merah camni, yg minyak byk cam dlm gambar ni maka sila guna minyak jagung or jgn mkn langsung utk kesihatan yg terjamin original resepi mummy amik kat sini tp mummy masak caranya mcm kat bawah ni
| Quote: | Daging Masak Merah
bahan-bahan:
1/2 kilo daging
1 biji bawang besar potong bulat
3 ulas bawang putih ketuk jer
1 inci halia racik halus
1 senduk minyak
3 sudu sos tomato
4 sudu sos cili
3 sudu sos tiram
1 sudu kecil cili boh
lada merah / lada hijau utk hiasan
sedikit pewarna merah
gula, garam aji secukup rasa
cara memasaknya:
potong daging besar-besar & nipis-nipis. masuk jer dlm kuali dgn 2 atau 3 cawan air (ikut ler korang nak empuk mcm mana) then rebus daging ngn sedikit pewarna merah sampai kering air. dah kering air masukkan minyak & goreng sampai garing2 sikit or daging tu nampak kering. lepas tu, masukkan ciliboh goreng sekejap ngn daging tu lepas tu baru masukkan bwg besar, bawang putih ngn halia. dah kekuningan masuk jer semua sos tu & gula garam secukup rasa. if nak kering2 masukkan air sikit jer, if nak berkuah masuk ler lebih sikit air. kalau banjir tak best laaaa.. kuah mcm ada tak ada tu yg best!
* masak mengambil masa 30-45 minit jer |
rindu ker nak tgk sara? hehehe alaaa.. cam biasa la minah tu. mulut dah mcm mak nenek dah! dia punya membebel lagi byk boleh didgr dikala dia dah nk tido. kadang tak paham pun apa dia ckp sbb dia suka ckp terbalik. tu ngn best friend lah tu iman umairah saper lagik kalau bukan anak mak julie. nok besok2 dah besar budak ni kita sekolahkan sama yek? anak hang sure lagik pandai bleh ler dia mengajor sara apa2 yg patut. tp mintak ampun ler kalau anak aku mengajor benda2 yang "nakal" kat anak hang hihihihihi aku dah nampak dah potensi tu ampun ya buk! bab menjawab bila kita marah pun dah master dah! dd kata mummy la role modelnya hampes dd!
antaranya kalau marah suka sgt dia jawab "eleeeehhhh...!" contohnya, mummy marah "sara ni degil yer, mummy ckp apa pun buat dek jer" nnt dia jawab "eleeeeeehhhh.. mana ada! mummy tu degil" boleh?? if marah-marah lagi nnt dia pegi kat dd dia akan merepek lebih kurang camni "mummy baik, sara tak degil, sara sayang dd, mummy tak sayang, daddy sayang mummy, mummy tu degil" haaaaa.. boleh paham??? semalam lagi boleh gaduh ngn anak dara ku itu. org nak tgk CSI dia dok merepek tah apa tah, bila mummy tak layan dia, dia pi depan tv tutup screen tv ngn tangan dia geram mummy baling ngn kusyen kecik, apa lagik melalak la kan.. dah takleh langsung dgr apa yg kat tv tu, mummy masuk bilik kunci pintu tgk tv dlm bilik sorang! AMAN! lepas tu ada la org dtg pujuk ketuk pintu bilik "mummy... mummy.... bukak pintu" mummy tanya "siapa tu??" sara jwb "saya mummy" mummy tanya lagik "saya tu saper??" dia jwb "saya tu saraaaa.." kesian pun ada tp mmg dah gelak-gelak dah dlm bilik. "janji jgn kacau mummy tgk tv okeh? jgn bising okeh?" sara jwb "janjiiiiiiiii mummy!" pastu sampai sudah dia dok diam jer sebelah tgk tv ngn mummy sampai tido dd kata mummy cam budak2 suka gaduh ngn sara meriah la sikit kan?? sara... sara.. mcm-mcm!
cute kan?? baru ni sara mintak "mummy sara nak adik baby, sara dokong tak jatuh pun" dia suka biasakan diri dia kakak baby nntlah sara mummy kena proses ngn daddy dulu okeh
happy birthday to hareth, potong kek sampai 2 lawak tgk hareth yg bulat badannya tak larat kejar sara yg berdesup lari mcm flashman sampai sudah takdapat kejar gambar byk tp malas nak edit
apa-apa gambar nak tgk boleh ler tgk dekat my flickr okeh
sekian, wabillahitaufiqwalhidayah wassalamualaikum warahmatullahiwabarokatuhhh....
|
|
|
|
|
|
| Saturday, 8-Mar-2008 09:02 |
Email | Share | | Bookmark |
|
bila cikgu tadika jadik budak tadika..
|
|
mummy kena ligan ngn mak harimau (permainan pukul berapa datuk harimau)
lawak tp fun lah! ni salah satu assignment utk pendidikan jasmani sebenarnya. kami kena anjurkan permainan kecil, semualah dari persiapan hinggalah jadik peserta pun kitaorg yang hanya ada 19 org jer 1 kelas ni kena buat. mummy kumpulan doreamon tutor mummy siap ckp awak mmg sesuai dok dlm group doreamon vley? apa-apa program mummy selalu offer diri jadik AJK dokumentasi sbb boleh la pegang camera kan? ni baru sikit, byk lagi aktiviti kena buat
nak tgk byk lagi gambar, sila tgk kat sini -------> KPLI Prasekolah
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
happy birthday to......
...my dear friends delia, erna & OLIE!
tidak lupa jugak buat rini yang berada nun jauh di sinun.. wish awal-awal yeh if boleh pos ini kek udah ku hantar ke pintu rumahmu! happy birthday!
cop! happy birthday gak kat my best friend & soulmate, dd (saper lagik kan?) (05-03-08) mummy tak kasi hadiah pun belanje mkn jer
ps: sori yer pada yang invited mummy & family join birthday party, tp kami tak muncul. sori sgt sbb mmg tak sempat nak bersosial kerana menyetelkan kerja sekolah & kerja rumah yg menimbun!
|
|
|
|
|